Tuesday, 11 August 2015

Dakwah Masturoh - HEBATNYA FIKIR WANITA

Dakwah Masturoh
**HEBATNYA FIKIR WANITA*

Di dalam suatu majlis di India, seorang wanita tua mengumpulkan wanita-wanita lain dan memberi fikir..

Ketika itu masih Zaman penjajahan Inggeris. Katanya:

"Wahai saudara-saudara ku..! Hari ini anak-anak kita sudah menyukai sekolah-sekolah orang kafir, sekolah-sekolah orang Inggeris. (sekolah umum maksudnya).

Anak-anak kita sudah tidak mau lagi pergi ke Madrasah untuk belajar. Jika ini terjadi dan dibiarkan, maka nanti akan habis ulama-ulama di India ini.

Jika ulama habis maka agama akan hilang dari India ini. Bagaimana pendapat kalian?”

Maka wanita-wanita di majelis itu memberikan usul-usul.

Salah satu usul yang diberikan adalah mereka sedia menikahkan anak mereka dengan ulama agar lahir keturunan-keturunan yang mencintai agama.

Supaya anak-anak mereka yang lahir dapat dididik untuk kepentingan agama.

Seorang wanita mengajukan,.

“Saya punya anak gadis yang sedia saya nikahkan dengan orang Alim.”

Maka hasil mesyuarat wanita ini disampaikan ke majlis laki-laki di sebelahnya.

Maka para ulama di majlis sebelah kehairanan kerana di zaman seperti ini, masih ada seorang wanita yang memiliki kerisauan dan fikir agama seperti itu.

Akhirnya orang laki-laki di sebelah ditanya kesediaan mereka yang alim untuk berkahwin.

Semua ulama yang hadir pada waktu itu mengaku sudah menikah semuanya, kecuali seorang ulama yang duda, iaitu Maulana Ismail Rah.

Maka Maulana Ismail pun berkata,

“Saya ini duda..! Jika ibu tersebut bersedia mengahwinkan anaknya kepada saya, maka saya sedia bernikah dengan putrinya.”

Maka disampaikanlah kesediaan Maulana Ismail tadi kepada ibu yang sedia menikahkan anaknya kepada seorang ulama.

Akhirnya bernikahlah Maulana Ismail Rah. dan putri dari ibu tadi.

Hasil dari pernikahan Maulana Ismail ini lahirlah 2 orang anak :

(1) Muhammad Yahya Al Khandalawi Rah. Ayah Maulana Zakaria Rah.

(2) Muhammad Ilyas Al Khandalawi Rah. Ayah Maulana Yusuf Rah.

Dari Maulana Ilyas ini lahirlah usaha dakwah.

Dari Maulana Yusuf lahirlah kitab Hayatus Sahabah dan tertib-tertib dakwah.

Dari jalur keturunan Maulana Yahya lahirlah seorang Muhadith terbesar di zamannya iaitu Syeikh Maulana Zakaria Rah.

Penyusun dan pengarang kitab Fadail Amal, Best Seller, kitab dakwah yang terlaris jualannya di seluruh dunia dan dibeli hingga kini.

Asbab kitab Fadail Amal ini, lahirlah banyak hafidz-hafidz Quran, yang ghairah membaca tentang kelebihan Quran dari kitab ini.

Jadi, wujudnya usaha dakwah di seluruh dunia, tersebarnya kitab-kitab fadhilah amal dan anak-anak dihantar menjadi hafidz-hafidz di Temboro, di Pakistan, di India, di Madinah di mana-mana juga, asbab fikirnya seorang wanita tadi.

Jadi, semua pahala ini, pahala Maulana Ilyas rah., pahala Syeikh Yusuf rah., pahala Maulana Zakaria rah., semua pahala hafidz-hafidz yang timbul dari membaca fadhilah amal, semua pahala-pahala orang dalam dakwah ini, mengalir kepada siapa?

Tentunya, kepada wanita di majlis tadi yang punya fikir Agama tersebut.

Yaa Allah jadikanlah fikir kami sebagaimana fikirnya Rasulullah saw dan jadikanlah anak-anak kami dan keturunan kami hafidz-hafidz Qur'an, ulama-ulama yang mengamalkan ilmunya, wajah-wajah yang berseri, da'i-da'i yang menyeru manusia untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya,, Aamiin....

Subhanallah..! Alhamdulillah.. ! Laailahaillalla h..! Allahuakbar..!


Sunday, 9 August 2015

Bayan Subuh

USTAD HAMID BAYAN SUBUH
markas sri petaling
26-07-2015

Tuan- tuan yang mulia...Allah swt adalah Rab kita.. Pentadbir...Pembantu dan selesaikan masalah kita..
Beri rezeki kepada kita..anak..dan seluruh keluaraga..

Yang kendali langit dan bumi...bintang..cakrawala
Cipta tumbuhan...makhluk yang nampak dan tak nampak..
Yang ada di dataran dan lautan..
Seluruh makhluk di pelihara dan di beri rezeki..
Allah swt tak perlukan kepada sapa..

Semua makhluk dalam genggaman Allah swt..
Segala kerajaan milik Allah swt..
Allah swt beri kerajaan kepada sapa yang dia kehendaki..
Allah boleh mulia dan hina kepada sapa yang dia kehendaki..
Bila Allah tak kehendaki sesuatu sapa pun tak boleh tahan...

Menafaat dan mudarat datang daripada Allah.
Mulia datang daripada Allah...sapa yang Allah nak hina seperti Namrud walaupun dia ada kerajaan yang hebat jugak seperti firaun...Allah nak hina tetapi dia hina..

Orang yang cuba hina Nabi dan Rasul tetapi Allah nak muliakan mereka maka mereka tetap mulia..

Sesiapa yang Allah nak mulia maka mereka mulia....
Sapa yang Allah nak hina dia tetap hina...

Mereka yang beragama kita tak kenal dia...walau pun tak ada makan...pakaian...rumah...tetap dia mulia di sisi Allah swt...
Orang yang ada benda...senang ...mewah...segala hajat tertunai...banyak harta...pada kita mereka berjaya..tetapi disisi Allah dia gagal kerana tiada agama....

Hakikat kegagalan dan kejayaan pada hakikat Allah zahir kan sebelum mereka mati.

Sesiapa saja sebelum mati Allah tunjukkan sebelum mereka mati sama ada berjaya atau gagal.
Sama ada manusia itu ditempat dalam syurga atau neraka.
Mereka yang tak taat perintah Allah maka di campak dalam neraka.

Ahli syurga Allah tunjuk neraka dulu...ini tempat kamu tetapi kamu taat perintah Allah , maka Allah tunjuk syurga.
Maka roh melonjak untuk cepat kembali kepada Allah.
Ahli neraka Allah tunjuk syurga dulu....lepas itu ditunjuk neraka kerana ini tempat kamu kerana tak taat perintah Allah.

Maka roh takut dan tak mahu keluar daripada jasad.
Roh di sentap seperti kain sutera di letak atas duri.

Apa yang mereka ada ...sijil ...kenderaan...rumah...bukan ukuran kejayaan kita.
Tanpa apa notis dan amaran malaikat maut cabut nyawa.

Bila sampai masa maut tak cepat dan lewat sedetik pun.
Bila sampai masa semua akan hancur dan kembali kepada Allah swt.

Semua yang ada atas muka bumi akan binasa

Segala perbuatan kita jadi saksi amalan kita.
Tempat akan jadi saksi.
Ini lah masa yang ada samada cari jalan kejayaan atau kegagalan.

Orang kata hidup sekali dan mati sekali...itu benar.
Samada hidup kedua itu berjaya atau gagal...

Baki yang ada masa ini pun kita tak tau.
Kita sibuk dengan usaha tidak membawa menafaat di akhirat.

Satu subhanaullah...satu pohon dalam syurga...satu allhamdulillah satu pohon dalam syurga.

Ini kehidupan yang sangat berharga.
Kita ke bina keyakinan dalam hati kepada Allah.
Kita tau setiap kebaikan sama ada kejahatan akan di balas.

Kita tau segala amalan kita akan di balas...itu sebagai maklumat aje.

Masalah kita sebagai pengetahuan itu tak dapat mendorong kepada amalan.
Kita tau amal kita jahat dan baik akan di timbang.
Kita pun tak yakin akan di hisab.

Seperti kita belanja akan beli barang ikut duit yang kita bawa.
Kadar yang kita ada.
Begitu juga sejauh mana keyakinan kita sejauh itu amal yang akan kita buat.
Orang yang yakin Hidup akhirat akan buat sibuk kehidupan akhirat.

Macam biasa rutin kita buat sekarang ni buat biasa aje..pegi kerja...balik rumah...solat....macam tu lah rutin kehidupan kita.
Kita dah dengar kitab taalim dah khatam tapi sejauh mana yakin...

Sekarang zaman gadjet banyak masa habis masa di handpone...
Tunggu azan tengok hp...tunggu iqamat tengok hp...tunggu bas tengok hp....tunggu bas dan keretapi tengok hp...masa makan tengok hp....

Berapa banyak masa kita layan hp dengan zikir kepada Allah.
Layan hp di mana-mana saja...
hingga kita mengeluh tak cukup masa nak baca quran sebab sibuk...
zikir 20 minit layan hp 30 minit...

Kita kena dakwah kepada fadhilat amal untuk dorong kita kepada amal...
Hari- hari kita kena bagi masa buat dakwah..
Ajak orang datang ke mesjid dan hidupkan amal..

Orang kafir pun yakin sabda Nabi saw.
Ubai bin khalaf pun yakin kalau Nabi ludah dia pun dia akan mati.
Dia tak syak Nabi kata Nabi akan bunuh dia dan dia telah yakin Nabi akan bunuh dia.

Kita dengar fadhliat amal itu hanya sebagai maklumat.
Oleh sebab nabi- nabi hari buat dakwah iman mereka meningkat.

Iman kita lemah sekrang bukan turun naik tetapi terkeluar. Kita kena betul kan percakapan kita.
Setiap kali kita buat urusan kena betul kan yakin kita...dapat rezeki dari Allah..

Bukan syarikat bagi rezeki Allah bagi rezeki.
Sekiranya kita tak betul kan iman kita bila mati malaikat tanya sapa tuhan kamu tetap kita tak dapat jawap tuhan kita Allah.

Ini masa Allah bagi untuk bina kehidupan akhirat kita.
Kita kena fikir seluruh umat bukan diri kita saja.
Umat Nabi saw di hantar untuk seluruh manusia...

Nabi saw, Nabi terakhir...sapa yang sekrang mengaku jadi Nabi maka dia pembohong...
Kerja Nabi, Allah bagi tanggungjawab kepada seluruh umat.
Berapa untung kita jadi umat Nabi saw.
Umat dulu hanya Nabi yang dakwah mereka.
Bila Nabi itu wafat tak de yang buat dakwah kepada mereka.

Allah mulia kan kita kerana kerja kenabian.
Umat ini yg buat kerja nabi maka doa-doa mereka seperti doa Nabi bani israil.
Kita tak rasa bangga pun jadi buat kerja dakwah.
Maulana saad anjur kita baca Hayatus sahabah.

Sebagai umat Nabi kita ada tanggungjawab..
Dalam hayatus sahabah...apa perbualan dan tingkah laku sahabat di nukilkan dalam kitab hayatussahabah.
6 pekara yang kita cakap selalu masih tak ada keyakinan.
Ijtimak kita pun dah hampir....ini tanggungjawab kita.

2/3 orang awam kena hadir masa ijtimak...maulana shamim hendak.
Kita kena jumpa semua orang dan pergi setiap pintu rumah dan setiap lelaki baligh dan keluarkan menreka.

Maka mesjid dan surau akan hidup 5 amal kesan daripada kejayaan ijtimak.
Jika perhiasan cantik tetapi roh tak ada pun tak sempurna...
Begitu jugak roh sempurna tetapi perhiasan tak cantik pun tak sempurna jugak...

kita kena keluar jemaah sebelum ijtimak sebagai roh dan yang keluar lepas ijtimak sebagai perhiasan..

Insyallah siapa sedia 4 bulan....

Al faqir
Don Manan al Cherasi


Thursday, 18 December 2014

Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian

Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.

Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!

Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi.
Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.


Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”
Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!
Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!
Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?